Saturday, July 21, 2001

Senarai Salahlaku Yong Teck Lee

21 Julai 2001

Pesanan Buat Rakan-Rakan Dalam UMNO Khususnya Di Sabah

Tarikh keramat 21 Julai akan dikenang oleh seluruh warga Likas khususnya dan Sabah amnya. Tarikh ini juga menyaksikan bagaimana rakan-rakan kita dalam UMNO bekerja bermati-matian untuk memenangkan seorang manusia yang bernama Yong Teck Lee yang telah lebih 16 tahun memimpin Likas kawasan majoriti Bumiputra Islam. Likas juga akan tercatat dalam sejarah perjuangan UMNO bagaimana seluruh jentera mereka dari seantero negara turun ke Likas untuk memenangkan Yong Teck Lee. Rakyat bumiputra Islam Likas kenal siapa Yong Teck Lee, kenapa uasaha keras UMNO ini akan tercatat sebagai sejarah politik UMNO?.

16 tahun Yong Teck Lee memerintah Likas termasuk 2 tahun dipilih oleh UMNO untuk menjadi Ketua Menteri, apa sumbangan besar beliau yang rakan-rakan UMNO beria-ia benar untuk memenangkan beliau. Di sini kita turunkan sumbangan beliau kepada pengundi Likas terutamanya bumiputra Islam yang rata-ratanya ahli UMNO;

Sumbangan Yong Teck Lee kepada rakyat;

1. Menziarahi rumah rakyat semasa kematian dengan memberi wang RM50, beras sekarung dan gula 5 kg.

2. Ziarah orang sakit dan menyumbang RM50

3. Menghadiri majlis perkahwinan dan sumbang RM50

4. Membeli undi untuk setiap kali pilihanraya antara RM50 - RM500

Hak rakyat yang dinafikan Yong Teck Lee;

1. Geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu. Seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai, Menggatal.

2. Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra.

3. Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

Hak rakyat yang diambil oleh Yong Teck Lee;

1. 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.

2. Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta

3. Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.

4. Harta Amanah Saham Sabah (hak rakyat) melalui Warisan Harta Sdn Bhd bernilai RM70 juta.

5. Tanah-tanah SLDB (hak rakyat) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

6. Hak rakyat di KPD bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.

7. Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan).

Melihat kepada keadaan ini kita tidak faham apa sebenarnya dasar perjuangan UMNO. Dimana hilangnya semangat Tun Razak, dimana hilangnya semangat Datuk Onn, dimana perginya semangat Tun Hussien Onn yang berjuang habis-habisan untuk membela nasib rakyat terbanyak, membela nasib rakyat termiskin, terbiar dan tersisih oleh penjajah. Namun kini UMNO turut mengamalkan dasar membiarkan rakyat terbanyak terus miskin, mundur, terbiar dan melarat sementara terus berkerja menobatkan pemimpin rakus dan perompak hak rakyat untuk terus berkuasa.

Sedarlah rakan-rakan UMNO, kita sebangsa dan seagama, apakah kita rela terus membiarkan Yong Teck Lee berkuasa merampas hak rakyat?. Apakah kita rela dan redha dengan keadaan ini?. Apakah kita ingin terus bersubahat dengan Yong Teck Lee dan menjadi salah seorang penyumbang kepada manusia yang akan hanya menghancurkan anak bangsa kita di Likas ini. Ayuh bersamalah kita tumbangkan Yong Teck Lee. Pastikan kemenangan kepada keADILan untuk kerusi Likas diserahkan kepada UMNO pada pilihanraya akan datang.

No comments: