Utusan Malaysia
8-8-2003
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Malaysia Airlines (MAS) akan mengadakan penerbangan ke Manado di Sulawesi Utara, Indonesia melalui Kota Kinabalu mulai 14 Ogos ini, demikian menurut syarikat penerbangan kebangsaan itu hari ini.
Manado akan menjadi destinasi Indonesia kelapan bagi syarikat penerbangan ini selepas Jakarta, Medan, Surabaya, Denpasar, Pontianak, Tarakan dan Balikpapan.
Perkhidmatan itu yang berdasarkan perkongsian kod dengan Garuda Indonesia, akan dilakukan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Khamis dan Ahad.
Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat dua kelas Boeing 737-400 dengan 16 tempat duduk kelas perniagaan dan 128 kelas ekonomi untuk perkhidmatan itu.
Friday, August 08, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment