Tidak sampai dua mingggu daripada tarikh sebenar Fiesta Koko Malaysia yang julung-julung kali diadakan, satu satu penganjur utama, Lembaga Koko Malaysia (LKM), mengumumkan penarikan diri daripada acara tersebut. Sedangkan LKM adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menyelidik, mempromosi dan mengembangkan pasaran koko Malaysia ke serluruh dunia.
LKM meninggalkan dua rakan penganjur bersama, Majlis Perbandaran Tawau dan Teck Guan Group yang telah sama-sama menganjurkan acara tahunan tersebut sejak 8 tahun yang lalu. Ia bermula dengan Pesta Koko Tawau yang kemudiannya dinaikkan taraf ke Pesta Koko Sabah pada tahun lepas (2002) dan tahun ini diberi pengiktirafan menganjurkan Fiesta Koko Malaysia.
Namun, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Dr Azhar Ismail mengumumkan mereka telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menganjurkan acara tersebut kerana permintaan LKM supaya acara tersebut ditunda untuk menghormati bulan Ramadan ditolak oleh dua penganjur bersama yang lain.
Tindakan LKM adalah sama seperti menikan kedua rakan perjuangannya dari belakang. Ia juga menunjukkan rasa tidak tanggungjawab LKM dalam mengendalikan satu acara bertaraf kebangsaan. Ia juga sekaligus menampakkan kebudak-budakan LKM yang merajuk apabila permintaan mereka ditolak.
Akan tetapi, alasan LKM untuk menarik diri sekadar kerana untuk menghormati bulan adalah tidak munasabah. Lembaga Koko Malaysia sebagai salah satu penganjur cukup arif bahawa penentapan tarikh Fiesta Koko Malaysia pada tahun ini jatuh dalam bulan Ramadan. Tarikh tersebut telah ditetapkan pada tahun lepas dan telah dilapor dan dihebahkan melalui iklan pelbagai media sekian lama. Mustahil seorang Ketua Pengarah yang juga seorang Islam begitu alpa untuk menyedarinya pada saat terakhir sebelum acara tersebut dilangsung.
Yang anehnya juga, pada setiap tahun penglibatan LKM dalam penganjuran Pesta Koko ini adalah pada peringkat minimum sahaja. Kebanyakan masa mereka sekadar menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat dan tidak menyumbangkan apa-apa yang signifikan. Malah mereka juga begitu bijak mengelakkan tanggungjawab. Akan tetapi mereka tetap diberi penghormatan sebagai salah penganjur dan Ketua Pengarahnya diberi peluang berucap.
Oleh yang demikian penarikannya daripada barisan penganjur tidak memberikan kesan yang mendalam sebaliknya membuka mata masyarakat umum terhadap sikap mementingkan diri dan rasa tidak tanggungjawa LKM.
Adalah juga satu perkara yang menarik kerana tetamu kehormat pada majlis perasmian Fiesta Koko Malaysia pada tahun ini adalah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj Ahmadshah Abdullah tidak pula menolak jemputan jawatankuasa penganjur. Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang diketuai oleh Datuk Harith Hj M. Yahya tidak pernah mengurangkan sumbangan beliau ke arah kejayaan Fiesta Koko Malaysia yang diadakan di Tawau, Sabah.
Malah Presiden MPT mempersoalkan apakah Dr Azhar mengambil ikhtibar daripada pesanan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad supaya umat Islam meningkatkan produktiviti pada bulan Ramadan supaya puasa kita lebih diberkati.
Jika Lembaga Koko Malaysia sebagai badan yang diberi amanat untuk memajukan industri koko Malaysia sanggup memboikot dan sabotaj terhadap Fista Koko Malaysia, tidak ada gunakan badan tersebut terus dipimpin oleh golongan yang berkepentingan diri, berpemikiran sempit dan bongkak. Sudah tiba masanya mereka ini diganti dan dipindahkan.
Friday, October 24, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment