Saudara/Saudari Osabah,
Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan terima kasih daun keladi atas penampilan laman Sabah O Sabah yang sungguh komprehensif and berani dalam mengupas isu-isu terkini Sabah. Komentar Saudara/Saudari banyak membuka mata kami penduduk di Sabah.
Saya tertarik dengan isu calon Barisan Nasional di Merotai. Umum diketahui bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai secara tradisi diperuntukkan kepada kaum bumiputera Islam atau Melayu. Ini berlaku sama ada dalam zaman pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS mahupun Barisan Nasional sebelum ini.
Oleh itu, apabila seorang calon Cina diletakkan di kawasan yang mempunyai bilangan pengundi bumiputera Islam yang besar, adalah amat sukar untuk penduduk tempatan menerimanya. Apatah lagi setelah mengetahui muslihat sebenar perletakkan calon bukan berdasarkan semangat Barisan Nasional tetapi atas kepentingan beberapa kerat individu tertentu.
Kami tidak menentang calon bukan bumiputera Islam bertanding di Merotai jika ia benar-benar berdasarkan prinsip berkongsi kuasa seperti yang diamalkan di Semenanjung Malaysia. Namun kami tidak rela diperalatkan oleh orang-orang tertentu dengan meletakkan sembarangan orang sebagai calon. Dengan alasan apa sekalipun Datuk Liew Yun Fah dicalonkan di Merotai tidak lagi dapat diterima oleh penduduk tempatan. Saya berani berkata bahawa Liew malah tidak mendapat sokongan daripada penduduk Cina dan penduduk berketurunan lain di sini. Semua orang cukup masak dengan peribadi Liew dan kegiatan terkutuk yang dikendalikan melalui isteri dan kuncu-kuncunya.
Kami juga sedar ada golongan tertentu yang berkepentingan sedang berusaha untuk mengabui mata rakyat dan cuba menutup keburukan Liew dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara lembut dan sopan, pujuk dan rayu. Tidak kurang juga yang menggunakan kekerasan, paksaaan dan ugutan. Sogokan dengan wang ringgit dan dermaan material juga berlaku.
Sekalipun pencalonan Liew mendapat bantahan hebat daripada semua golongan tetapi pihak atasan berkeras untuk meletakkan calon yang sedikitpun tidak memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang berkalibar, bersih. ikhlas, berwawasan da berakhlak baik.
Dengan ini kami, penggundi-penggundi tidak ada cara lain melainkan membuat pilihan kami yang BIJAK. Kami tidak akan membiarkan maruah, bangsa dan agama kami tergadai.
Maafkan kami, Pak Lah. Maafkan Kami Datuk Seri Musa. Maafkan kami Datuk Abdul Ghapur Salleh.
Terima Kasih.
Anti Calon Samseng
Merotai 14hb Mac 2004
Sunday, March 14, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment